PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 6 TAHUN 2011 (PERATURAN DAN KADAR BEKALAN PAKAIAN SERAGAM)
Perbendaharaan Malaysia
1/1/2011
TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan baru berhubung
pembekalan pakaian seragam kepada penjawat awam.
LATAR BELAKANG
Pada masa ini, kelayakan pakaian seragam ditetapkan oleh Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5
Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan berkaitan. Peraturan bagi
membekalkan pakaian seragam pula ditetapkan di bawah Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2002 (PP Bil.6/2002). Selaras dengan keadaan
semasa, Perbendaharaan bersetuju supaya PP Bil.6/2002 disemak semula.
TAFSIRAN
Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya dalam Pekeliling ini, tafsiran
di bawah ini hendaklah diikuti:
“Pakaian Seragam” adalah bermaksud pakaian dan kelengkapan lain
yang dibekalkan kepada pegawai yang layak seperti yang ditetapkan
dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990, Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan
berkaitan serta pindaannya.
KEMUDAHAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM
4. Semua agensi hendaklah menguruskan bekalan pakaian seragam
kepada pegawai masing-masing pada setiap tahun mengikut prosedur
perolehan dan peraturan kewangan semasa yang ditetapkan.
5. Agensi boleh memilih untuk membekalkan pakaian seragam mengikut
kaedah yang ditetapkan seperti berikut:
i. agensi menguruskan pembekalan pakaian seragam yang siap
dijahit dari kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang
berkuat kuasa; atau
ii. agensi menguruskan pembekalan kain berkualiti dan perolehan
perkhidmatan jahitan secara berasingan yang diuruskan oleh
kementerian/jabatan mengikut prosedur perolehan yang berkuat
kuasa; atau
iii. agensi mendapatkan kain berkualiti mengikut prosedur
perolehan yang berkuat kuasa dan mengagihkan kepada
pegawai supaya pegawai menguruskan sendiri jahitan pakaian
berkenaan dan seterusnya pegawai akan membuat tuntutan
bayaran balik bayaran upah jahit yang disokong dengan resit
atas kadar maksimum seperti berikut:
Bil. Jenis Pakaian Kadar Maksimum
1. Baju Lengan Panjang/ Pendek RM100
2. Sehelai Seluar Panjang RM130
3. Sepasang Baju Kurung Wanita RM120
4. Overall RM150
5. Overcoat RM100
6. Bagi urusan perolehan pakaian seragam di perenggan (i) dan (ii), tiada
kadar yang khusus ditetapkan bagi perolehan pakaian siap dijahit, perolehan
kain dan upah jahit. Agensi boleh menguruskan pembekalan pakaian
seragam tersebut mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa tanpa
perlu memohon kelulusan Perbendaharaan, tertakluk kepada peruntukan
kewangan yang diluluskan.
KEMUDAHAN BEKALAN KASUT
7. Agensi boleh membekalkan kasut kepada pegawai mengikut pilihan
seperti berikut:
3
i. agensi menguruskan pembekalan kasut berdasarkan prosedur
perolehan kewangan yang berkuat kuasa mengikut bilangan
kelayakan pegawai di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7
Tahun 1990, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995
dan akta/peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya;
atau
ii. bagi pegawai yang layak dibekalkan dengan kasut/boot
keselamatan jenis kulit, agensi boleh membenarkan pegawai
membeli kasut dan seterusnya membuat tuntutan bayaran balik
yang disokong dengan resit bagi pembelian kasut mengikut
bilangan kelayakan pegawai tertakluk kepada kadar berikut:
(a) kasut kulit - maksimum RM150
sepasang; atau
(b) kasut/boot keselamatan
kulit
- maksimum RM250
sepasang.
8. Bagi pembekalan jenis kasut selain daripada di perenggan 7(ii) di atas,
agensi hendaklah mengikut tatacara prosedur perolehan yang sedang
berkuat kuasa.
KELENGKAPAN LAIN
9. Agensi boleh menyediakan kelengkapan lain berkaitan dengan pakaian
seragam pegawai mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa.
TANGGUNGJAWAB KETUA AGENSI
10. Ketua Agensi adalah bertanggungjawab memastikan perkara berikut:
i. peraturan yang ditetapkan berhubung kelayakan, kuantiti, reka
bentuk dan warna pakaian seragam sebagaimana yang
ditetapkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990,
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/
peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya dipatuhi
sepenuhnya;
ii. menentukan keperluan dan spesifikasi kasut adalah
bersesuaian dengan tugas pegawai;
iii. menyediakan garis panduan dalaman (sekiranya perlu) di
agensi bagi kadar perolehan bekalan kain dan upah jahit yang
sesuai sebagai satu bentuk kawalan dan untuk mengelakkan
pembaziran; dan
iv. memastikan peruntukan tahunan agensi adalah mencukupi bagi
menyediakarl pakaian seragam kepada pegawai pada setiap
tahun.
PEMAKAIAN PEKELlLlNG
11. Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awarn
Negeri, Badarl Berkanurl Persekutuan darl Pihak Berkuasa Tempatan
tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.
TARIKH KUAT KUASA
12. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.
PEMBATALAN
13. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 6 Tahun 2002 adalah dibatalkan.
Feedjit
Popular Posts
-
SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | Pembentangan bajet 2012 yang dibuat oleh Perdana Menteri pada kelmarin nampaknya merangkumi s...
-
Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR 8 Dis – Cuepacs membantah pelaksanaan dasar pemisah yang membolehkan kakitangan awam yang berprestasi rendah d...
-
Pekerja swasta sedang mendapat tamparan demi tamparan. Pada bulan Mac lalu, kakitangan kerajaan diberi kenaikan gaji manakala pekerja swasta...
-
KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidm atan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberi...
-
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 6 TAHUN 2011 (PERATURAN DAN KADAR BEKALAN PAKAIAN SERAGAM) Perbendaharaan Malaysia 1/1/2011 TUJUAN Pekeliling...
-
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimany...
-
JKRWPKL Tanggal 3hb Disember 2011 yang lalu, Majlis Apresiasi Pesara dan Warga JKR WPKL 2011 telah selamat diadakan dengan gilang gemilang b...
-
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam. Sambil ...
-
KINI tanya saja, siapa yang tiada laman web sosial? Seawal usia awal tadika sehingga ke usia emas boleh dikatakan mempunyai akaun laman web ...
-
Kebimbangan yang cuba dibangkitkan oleh akhbar harian Utusan Malaysia bahawa DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi ol...
Posted by kpprasm at 2:53 AM 0 comments
SBPA: CUEPACS NASIHAT PENJAWAT AWAM TUNGGU KEPUTUSAN KONGRES

KOTA BAHARU, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya Datuk Omar Osman berkata ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.
"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.
"Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Cuepacs, di sini.
Katanya adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.
Omar berkata terdapat juga rungutan mengenai tempoh menandatangani persetujuan memilih skim itu yang terlalu singkat dari 15 hingga 31 Dis ini, memandangkan ramai penjawat awam sedang bercuti pada tempoh tersebut.
Selain itu katanya, mereka juga masih tidak mendapat gambaran sebenar apa yang terkandung dalam SBPA.
Omar berkata kongres yang akan diadakan di Perlis itu juga akan membincangkan keperluan memohon kepada kerajaan agar melantik seorang senator bagi mewakili kepentingan penjawat awam.
-- BERNAMA
Posted by kpprasm at 11:13 PM 0 comments
MAJLIS APRESIASI PESARA DAN WARGA JKR WPKL 2011

JKRWPKL
Tanggal 3hb Disember 2011 yang lalu, Majlis Apresiasi Pesara dan Warga JKR WPKL 2011 telah selamat diadakan dengan gilang gemilang bertempat di Dewan Konvensyen CIDB, Sg. Besi, Kuala Lumpur. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ir. Haji Adanan Sukri bin Musa dengan jayanya.
Majlis ini telah dimulai dengan bacaan doa selamat agar keberkatan dan keredaan-Nya diperolehi sepanjang majlis ini berlangsung.
Atucara majlis ini turut diserikan dengan 5 acara persembahan daripada pegawai dan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, cabutan bertuah, persembahan kugiran serta beberapa acara sampingan lain.
Majlis ini telah dihadiri kira-kira 1000 orang jemputan yang terdiri daripada pegawai & kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beserta ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan strategik JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selain itu, anak-anak kepada pegawai & kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dijemput ke atas pentas bagi menerima sijil dan anugerah Khas Anak-Anak Cemerlang JKR WPKL. Untuk tidak melupakan jasa-jasa dan pengorbanan pegawai & kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah bersara, majlis telah menjemput mereka untuk hadir ke majlis ini disamping menerima anurah Khas Pesara JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di kesempatan yang ada, Tuan Pengarah turut mengambil peluang untuk beramah mesra bersama para tetamu yang hadir yang diharap dapat memperkukuhkan lagi ikatan antara pegawai & kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga rakan strategik JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis ini kemudiannya telah berakhir pada jam 11.00 malam dengan selamat dan jayanya.
Posted by kpprasm at 1:53 AM 0 comments
Cuepacs bantah dasar pemisah buang kakitangan prestasi rendah

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR 8 Dis – Cuepacs membantah pelaksanaan dasar pemisah yang membolehkan kakitangan awam yang berprestasi rendah disarakan atas alasan ia boleh membuka laluan kepada elemen penganiayaan meskipun adanya jaminan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata setakat ini badan induk kesatuan sekerja awam itu tidak bersetuju dengan dasar baru yang diperkenalkan selaras dengan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam( SBPA)
Bagaimanapun kata beliau Cuepacs akan membuat pendirian rasmi mengenai dasar itu pada mesyuarat majlis kongres am 14 Disember ini. “Setakat ini kami memang tidak bersetuju Pendirian rasmi akan dibuat oleh mesyuarat majlis kongres minggu depan ” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini. Azih berkata pihaknya khuatir komponen dan kriteria yang digunakan untuk menilai seseorang kakitangan akan digunakan untuk membuang atau menukar seseorang penjawat. “Cuepacs juga merasakan markah 70 69 dan ke bawah sebagai satu paras yang terlalu tinggi untuk melaksanakan dasar pemisah ini untuk menghentikan seseorang kakitangan awam ” kata beliau dengan membuat perbandingan dengan ukuran dalam peperiksaan sekolah.
“Dalam peperiksaan SPM pun 70 peratus bermakna lulus B tetapi di perkhidmatan awam dengan dasar pemisah ini akan membawa kepada tindakan menghentikan seseorang pekerja.
“Itu sebab kami merasa ” kata beliau lagi.
Terdahulu dalam satu penjelasan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata pelaksanaan dasar itu tidak wajar menjadi satu isu kerana bilangan kakitangan yang tergolong dalam kumpulan mereka berprestasi rendah sangat kecil Tambah beliau rekod JPA menunjukkan bilangan mereka yang memperoleh markah 69 peratus dan ke bawah kumpulan yang terdedah kepada tindakan disarakan di bawah sistem SBPA yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari ini hanyalah 1 1 peratus Paras itu bersamaan dengan sekitar 15 400 orang daripada keseluruhan 1 4 juta kakitangan awam buat masa sekarang “Jadi ini tidak sepatutnya menjadi isu besar ditambah pula dengan jaminan JPA akan menyiasat terlebih dahulu sebelum diambil tindakan supaya dapat dielakkan penganiayaan ” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini Abu Bakar berkata berhubung dengan isu penjawat berprestasi rendah iaitu markah prestasi di bawah 70 akan dibersarakan semakan JPA ke atas sampel laporan prestasi bagi tahun 2010 melibatkan 131 196 orang penjawat awam atau 10 peratus seramai 39 peratus memperoleh 90 markah dan ke atas dan ia disusuli dengan 55 6 peratus mengumpulkan 80 hingga 89 markah dan 4 3 peratus lagi antara 70 hingga 79 markah “Mereka yang prestasi di bawah 70 iaitu 69 ke bawah hanyalah 1 1 peratus ” katanya lagi yang semalam menyifatkan angka kakitangan awam berada dalam kategori itu sangat minimal Ketika ditemui pada majlis pelancaran pekeliling SBPA bagi kakitangan perkhidmatan umum guru polis dan Angkatan Tentera Malaysia semalam Abu Bakar berkata penjawat kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan susulan pelaksanaan sistem SBPA dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka selepas proses penilaian Abu Bakar menjelaskan penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh 69 markah dan ke bawah “Kita akan menilai mulai tahun depan Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing dan jika masih tidak berubah mereka akan dibuang kerja ” kata beliau SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia SSM Abu Bakar berkata mereka bukan dihentikan secara automatik jika gagal mempamerakan prestasi tidak memuaskan sebaliknya akan diberi peluang bagi memperbaiki keadaan “Tetapi akan dinilai oleh panel selama enam bulan mungkin ada sebab mengapa seseorang kakitangan awam tidak berkhidmat dengan baik Kita semua manusiakan ” katanya Azih menambah pihaknya seebnarnya telah berharap kerajaan dan JPA sewajarnya telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs sebelum memperkenalkan dasar baru ini “Sepatutnya JPA telah berbincang dengan Cuepacs sebelum melaksanakan ” kata Azih.
( Malaysia Insider)
Posted by kpprasm at 1:44 AM 0 comments
PENJAWAT AWAM TETAP DIUTAMAKAN DALAM SBPA

Bernama
PUTRAJAYA 7 Dis. – Penjawat awam tetap akan diutamakan untuk mengisi jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan termasuk Kumpulan Premier, walaupun terdapat dasar membenarkan “orang luar” mengisi jawatan tersebut dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula dikuatkuasakan Januari depan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, penilaian akan dibuat terhadap penjawat awam yang layak mengisi kekosongan itu terlebih dahulu dan calon luar hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada calon dari kalangan penjawat awam yang layak untuk memegang jawatan itu.
“Penjawat awam jangan risau tentang perkara ini, sebab ini hanyalah persediaan. Kalau kita tak sediakan peruntukan ini sekarang dan kalau keperluan timbul nanti, waktu itulah baru kita nak buat pindaan dan sebagainya tentulah tak elok.
Setiap skim yang kita laksanakan bukan saja untuk mengatasi masalah sedia ada tapi juga melihat kemungkinan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa dalam skim baharu ini, jawatan premier perkhidmatan awam, peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membantah dasar tersebut, mengatakan ia seperti menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.
Abu Bakar berkata, bakat dari luar itu turut perlu melalui proses sepertimana pegawai dalaman termasuk saringan dan penilaian oleh satu panel yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Audit Negara.
“Jadi dia akan dinilai keupayaannya dari segi pengetahuan peraturan-peraturan perkhidmatan, kewangan, pengauditan dan sebagainya yang bermakna dia perlu cekap tentang urusan pentadbiran kerajaan dan dicampur dengan keupayaan dan pengalamannya berkhidmat di luar perkhidmatan awam barulah diberi pertimbangan,” katanya.
Setakat ini tiada kuota spesifik ditetapkan untuk pengambilan tersebut, namun menjangka keperluannya tidak akan melebihi 20 peratus daripada jumlah jawatan yang ada, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, untuk urusan spesifik jangka pendek, seperti untuk menyertai kumpulan perundingan kedudukan negara dalam ekonomi, mereka yang tidak berada dalam perkhidmatan awam boleh diambil bekerja secara kontrak.
Dalam pada itu, Abu Bakar berkata SBPA bukanlah bertujuan untuk mengurangkan penjawat awam, tetapi bagi memastikan tenaga kerja dalam sektor awam itu dapat dikawal mengikut keperluan.
Beliau berkata, tahun ini sehingga hari ini sahaja sejumlah 29,000 jawatan dalam perkhidmatan awam dimansuhkan dalam usaha tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih baik.
“Sebagai contoh, dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, kita mengambil 7,000 anggota polis yang selama ini berkhidmat di ibu pejabat dan balai, dipindahkan membuat kerja kawalan keselamatan awam dan tempat mereka ini digantikan dengan 4,200 penjawat awam dari agensi kerajaan lain,” katanya. – BERNAMA
Posted by kpprasm at 1:33 AM 0 comments
‘Exit Policy’: Henti kakitangan awam lemah prestasi mula 2012, kata JPA

Oleh G Manimaran
PUTRAJAYA, 7 Dis — Kakitangan kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan, susulan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini.
Ketika berkongsi kandungan pekeliling SBPA selepas melancarkannya di pejabatnya hari ini, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh markah 70 peratus ke bawah.
“Kita akan menilai mulai tahun depan. Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing, dan jika masih tidak berubah, mereka akan dibuang kerja,” kata beliau merujuk kepada peruntukan dasar pemisah atau “exit policy” — salah satu perkara yang terkandung dalam SBPA.
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Abu Bakar berkata, mereka bukan dihentikan secara automatik jika gagal mempamerakan prestasi tidak memuaskan, sebaliknya akan diberi peluang bagi memperbaiki keadaan.
“Tetapi akan dinilai oleh panel, selama enam bulan, mungkin ada sebab mengapa seseorang kakitangan awam tidak berkhidmat dengan baik. Kita semua manusiakan,” katanya.
“Kita kena beri mereka peluang untuk memperbaiki keadaan, dan jika masih tiada perubahan, baru akan diminta berhenti kerja,” kata beliau lagi.
Laporan media sebelum ini menyebut mereka yang gagal mempamerkan perkhidmatan memuaskan selama tiga tahun berturut-turut dengan memperoleh markhah kurang 70 peratus akan dibuang kerja.
Pada masa yang sama kata beliau, mereka yang menunjukkan perkhidmatan baik tetapi ingin keluar dari sektor awam awal secara sukarela untuk berkhidmat di sektor swasta juga akan dibenarkan berbuat demikian di bawah SBPA.
“Mereka yang berbuat demikian boleh mengekalkan tempoh perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan pencen sekiranya kembali ke sektor awam kemudian,” katanya lagi.
Kata beliau, dasar pemisah itu akan melibatkan kesemua 1.4 juta pekerja sektor awam semua peringkat.
Tambah beliau, JPA memberi jaminan tidak akan menganiaya mana-mana kakitangan menerusi dasar pemisah kerana hanya bertujuan memperbaiki sektor awam.
“Itu jaminan yang saya boleh berikan,” kata beliau sambil menambah, bilangan mereka yang tidak mempamerkan prestasi baik sangat minimal buat masa sekarang.
“Saya tiada bilangan sekarang, tetapi ia sangat minimal,” katanya ketika ditanya sejauh mana seriusnya masalah itu.
Posted by kpprasm at 1:27 AM 0 comments
Agenda DAP hakis dominasi Melayu, karut, kata Aziz Bari

Kebimbangan yang cuba dibangkitkan oleh akhbar harian Utusan Malaysia bahawa DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu adalah tidak berasas kerana kedudukan mereka dilindungi undang-undang, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.
"Dalam mana-mana kes, kedudukan anggota perkhidmatan awam dilindungi oleh perlembagaan. Maka ketakutan yang cuba disemai oleh Utusan adalah karut semata-mata.
"Angota perkhidmatan awam tidak boleh dipecat dengan senang. Begitu juga dengan kenaikan pangkat mereka dan perkara sebagainya," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini.
Beliau merujuk laporan muka depan akhbar milik Umno itu, semalam yang memetik ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Zulkifli Nordin sebagai berkata DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara kerana parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu.
“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.
“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” kata Zulkifli (kiri) dipetik Utusan.
Akhbar itu juga memetik Senator Ezam Mohd Noor berkata, DAP bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.
Suruhanjaya Diraja
Ahad lalu kolumnis Mingguan Malaysia, Awang Selamat juga menghentam pemimpin DAP, terutama setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan Rakyat akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China.
Meskipun Abdul Aziz berkata beliau bersetuju dengan hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Pua dan kebimbangannya mengenai perkhidmatan awam di negara ini adalah benar, namun beliau menasihatkannya supaya berhati-hati dengan isu tersebut.
"Beliau telah menimbulkan beberapa hujah yang baik tetapi beliau mesti ingat bahawa majoriti besar perkhidmatan awam yang berjumlah 1.3 juta adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah anggota tentera dan 100,000 lagi bersama pasukan polis."
Sebaliknya, Abdul Aziz berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, mereka perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menilai kedudukan perkhidmatan awam dan mengesyorkan langkah-langkah perlu bagi memperkukuhkannya.
Ini, katanya, dapat mengatasi beberapa masalah dalam perkhidmatan awam, seperti keberkecualian yang telah terjejas, terutamanya semasa tempoh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ini termasuk melaksanakan sumpah setia atau Akujanji dan amalan memberi kontrak kepada pegawai atasan yang melunturkan semangat kakitangan perkhidmatan awam. Etika perkhidmatan awam tercemar kerana politi.”
Menurut Abdul Aziz, kakitangan awam perlu berkecuali kepada kerajaan yang medmerintah. Kesetian mereka hanya kepada negara dengan Yang Di-Pertuan Agong sebagai lambangnya.
"Atas sebab ini, bagi saya Akujanji adalah tidak berperlembagaan," kata Abdul Aziz
(MalaysiaKini)
Posted by kpprasm at 10:36 PM 0 comments
KESATUAN SEKERJA BANTAH DAP

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.
Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.
“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.
“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.
“Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.
“Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.
“Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.
Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.
Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.
“Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.
“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.
Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.
“Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.
Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.
Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.(utusan malaysia)
Posted by kpprasm at 10:28 PM 0 comments
Kenaikan Pangkat

Ramai penjawat awam lama terlepas peluang
Saya bersetuju dengan pendapat 'Penjawat Awam Setia'dan 'gred 17' yang disiarkan di ruangan ini(dalam ruangan surat di Berita Harian )mengenai kakitangan awam yang memperolehi ijazah sarjana serta berkelulusan diploma tidak dinaikan pangkat.
Kebanyakan kakitangan awam menyambung pelajaran mengunakan duit sendiridemi menyambut seruan kerajaan untuk meningkatkan berpengetahuan serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Malangnya, apabila ada kekosongan jawatan yang dimohon dan selepas menjalani temuduga, keputusannya mendukacitakan. sebaliknya jawatan itu diberi kepada graduan baru. Jadi ,kenapa kami ditemuduga kerana ada yang berkhidmat 10 tahun tapi masih berada ditakuk lama.
Ikutkan pengalaman, kami mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan graduan yang baru lulus dan terus dilantik menjadi pegawai akhir merujuk kepada kami ( kerani cabuk) untuk menjalankan tugas.
Diharap pihak pengurusan dapat pertimbangkan sewajarnya terhadap usaha kakitangan awam yang mengambil inisiatif meningkatkan pengetahuan demi memajukan diri sediri mereka dengan membuka peluang dinaikan gred..AITEEMAN Selangor
Posted by kpprasm at 11:08 PM 0 comments
Ramai setuju bersara 60 tahun

Bebanan simpanan pesaraan dapat dikurangkan
KUALA LUMPUR: Kebanyakan pencari kerja di negara ini bersetuju dengan cadangan menaikkan umur persaraan, langkah yang mereka jangka akan mengurangkan bebanan simpanan ekoran peningkatan jangka hayat.
Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Jobstreet.com pada bulan lalu, 72 peratus daripada responden menyokong gesaan untuk menaikkan umur persaraan daripada 55 tahun, dengan kebanyakan mereka (34 peratus) menyatakan mereka memilih untuk bersara pada umur 60 tahun.
Sebanyak 15 peratus menyatakan mereka memilih untuk bersara pada usia 65 tahun, manakala 12 peratus berkata mereka lebih suka jika tiada umur maksimum ditetapkan bagi persaraan.
Sebanyak 84 peratus berkata, adalah perlu untuk menaikkan umur persaraan berikutan peningkatan jangka hayat akan memberikan bebanan lebih tinggi kepada simpanan, manakala 73 peratus berkata langkah itu akan memastikan pengekalan pekerja mahir, khususnya dalam profesion yang memerlukan banyak pengalaman.
Bagaimanapun, kaji selidik itu mendapati mereka yang menyokong langkah berkenaan turut bimbang pekerja yang dikekalkan mungkin menjadi kurang efektif akibat semakin berusia (46 peratus) dan juga isu kesihatan akan menghalang mereka daripada bekerja secara berkesan (46 peratus).
Menurut kenyataan itu, 28 peratus yang tidak bersetuju dengan langkah menaikkan umur persaraan ialah daripada kumpulan umur lebih muda, antara 18 dan 35 tahun ekoran kebimbangan mereka bahawa pekerja akan menjadi kurang efektif apabila usia meningkat.
Sebab kedua ialah tawaran kerja di pasaran semakin sedikit untuk graduan, katanya.
“Sesetengahnya, berpendapat pekerja berusia sepatutnya menikmati persaraan lebih awal daripada memanjangkan tempoh kerja mereka,” menurut Jobstreet.
Sementara itu, 64 peratus responden juga bersetuju skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipinda selaras dengan umur persaraan yang baru, dengan majoritinya berharap diberikan pilihan untuk mengeluarkannya pada umur 55 tahun.
Ramai juga mencadangkan pengeluaran simpanan KWSP patut dikawal oleh skim fleksibel yang membenarkan pengeluaran sebahagian bagi mencegah pekerja daripada kehabisan dana pencen mereka. – BERNAMA
Posted by kpprasm at 12:38 PM 0 comments
Akta Kerja: Menteri Sumber Manusia kecewa MTUC mahu piket 3 Nov

Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR 11 Okt — Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pihaknya sedih dengan tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC yang memutuskan untuk mengadakan piket peringkat nasional berhubung isu Rang Undang-undang Kerja Pindaan 2011 awal bulan depan
Kata Subramaniam gambar beliau juga amat sedih dengan tindakan MTUC yang memutarbelitkan fakta dan mengelirukan orang ramai “Saya amat sedih dengan tindakan MTUC Akta Kerja digubal atas permintaan kesatuan pekerja yang lain dan hanya MTUC yang menentang sedangkan saya sudah menjelaskan hal yang sebenarnya ”
kata beliau “Akta itu bukan dibuat ikut arahan majikan sebaliknya berdasarkan tuntutan pekerja sejak beberapa tahun lepas lagi ” kata beliau menegaskan tindakan Kementerian Sumber Manusia terhadap pindaan akta tersebut Subramaniam berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Tahunan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia MEF hari ini Dalam laporan awal pagi tadi The Malaysian Insider menyebut MTUC sebulat suara memutuskan untuk mengadakan piket di seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah tindakan Putrajaya meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kerja Pindaan 2011 di Dewan Rakyat Khamis lalu Piket akan diadakan serentak di seluruh negara Pendirian tegas ini susulan piket di kawasan Parlimen pada 3 Oktober lalu diputuskan oleh mesyuarat majlis am khas petang semalam Lebih 100 kesatuan gabungan menghadiri mesyuarat semalam Kali terakhir MTUC mengadakan piket nasional adalah pada 2007 berkaitan dengan dasar minimum “Kami memutuskan untuk mengadakan piket bagi melahirkan pendirian tidak puas hati kami dengan tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang ini meskipun kami telah menghantar surat kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam agar ia ditangguhkan ” kata Presiden MTUC Khalid Atan kepada The Malaysian Insider Surat itu dipanjangkan kepada Subramaniam ketika mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan NLAC kira-kira sejam sebelum piket 3 Oktober lalu Perkembangan semasa dijangka membawa kesan dari segi sokongan pekerja kepada parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13 Sejurus selepas mesyuarat majlis am berakhir beberapa pemimpin kesatuan gabungan meluahkan perasaan kecewa mereka dengan berkata jika kerajaan tidak mahu mendengar suara piket para pekerja akan mengambil pendirian semasa pilihan raya — dilihat merujuk kepada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat ini Sambil menegaskan MTUC telah memberi pandangan yang salah kepada rakyat Subramaniam berkata kerajaan masih lagi bersedia berbincang dan berunding dengan MTUC agar mempertimbangkan semula berkenaan penganjuran piket di seluruh negara.
Posted by kpprasm at 9:59 PM 0 comments
BANTAHAN TERHADAP PINDAAN DALAM AKTA PERHUBUNGAN INDUSTRI & AKTA KESATUAN SEKERJA

Pekerja swasta sedang mendapat tamparan demi tamparan. Pada bulan Mac lalu, kakitangan kerajaan diberi kenaikan gaji manakala pekerja swasta dianaktirikan. Sekarang pula Persatuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kementerian Sumber Manusia telah membuat keputusan untuk membuat beberapa pindaaan dalam Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 & Akta Kesatuan Sekerja. Pindaan ini akan menghakis hak pekerja!
Antara Pindaan yang akan berlaku :
Sekarang:
o Seorang pekerja diberhentikan kerja dan rujuk ke mahkamah. Dikatakan perbicaraan mengambil masa selama 5 tahun dan pekerja tersebut menang. Maka, gaji 5 tahun tersebut perlu dibayar sebagai pampasan.
o Katakan seorang pekerja diberhentikan ketika 50 tahun. Kes berjalan dan menang semasa dia berumur 54 tahun. Pekerja tersebut akan mendapat pampasan bagi 4 tahun tersebut. Tambahan pula, pekerja ini hampir mencapai umur persaraan 55 tahun , maka dia akan dapat 1 tahun pampasan tambahan.
Setelah Pindaan:
o Pampasan maksimum yang boleh dituntut hanya untuk iaitu 24 bulan atau 2 tahun. Di mana walaupun kes tersebut mengambil masa lima tahun dan pekerja menang tetapi hanya 2 tahun gaji sahaja akan didapat sebagai pampasan.
Sekarang:
o Pekerja menghantar borang pendaftatan kesatuan kepada majikan untuk mendapat pengiktirafan. Majikan perlu maklumbalas dalam tempoh masa 21 hari. Sekirannya majikan tidak membalas maka boleh teruskan proses kepada Ketua Pengarah (Director General) dan ini tanpa mempunyai tempoh had masa tertentu.
o Kuasa pengiktirafan hanya pada Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.
Setelah Pindaan:
o Jika majikan tidak menjawab dalam masa 21 hari, maka pekerja perlu memaklumkan perkara ini kepada Ketua Pengarah dengan menghantar surat dan ini perlu laksanakan dalam 14 hari selepas tamat 21 hari. Pengiktirafan untuk menubuhkan kesatuan akan terbatal secara automatik jika kesatuan gagal berbuat demikian.
o Kini, pegawai biasa di jabatan boleh melaksanakan tugas-tugas Ketua Pengarah seperti memberi atau menolak pengiktirafan.
Kami Pekerja-Pekerja Malaysia membantah sekeras-kerasnya pindaan yang akan dilakukan kepada Akta Perhubungan Industri dan Akta Kesatuan Sekerja. Kami menuntut supaya pihak Kementerian Sumber Manusia menghentikan segala pindaan Akta dengan segera. Segala pindaan kepada undang-undang yang berkenaan dengan hak pekerja harus dibincang dengan para pekerja dan kesatuan sekerja
Posted by kpprasm at 9:42 PM 0 comments
kebaikan dan kelebihan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | Pembentangan bajet 2012 yang dibuat oleh Perdana Menteri pada kelmarin nampaknya merangkumi semua golongan rakyat. Ramai yang menyatakan kepuasan hati mereka terhadap bajet yang dibentangkan kelmarin. Bagi kakitangan kerajaan satu sistem baru bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia(SSM) yang digunakan sekarang dan dinamakan sebagai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA).
Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ini banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja. Antara lain yang terkandung dalam sistem saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA) termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.
Dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA), pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi. Mengenai pembentukan gaji sebaris ini belum dapat kita lihat contoh lagi, mungkin bulan hadapan akan dikeluarkan secara terperinci bagaimana yang dikatakan gaji sebaris ini.
Bagi penjawat awam yang menerima opsyen sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) juga akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM 80 hingga RM 320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
Apa yang lebih menarik lagi dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) adalah bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG yang mana tempoh bagi kenaikan gred antara DG 41 ke DG 44 dan DG 44 ke DG 48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja. Jika sebelum ini mereka terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan ini.
Kerajaan juga mengumumkan bonus setengah bulan gaji bagi semua penjawat awam dan akan dibayar bersama gaji bulan disember 2011.
Posted by kpprasm at 6:57 PM 0 comments
CUEPACS MOHON KERAJAAN PERTIMBANG BONUS DUA BULAN
KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidm
atan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.
"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.
"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya dapat bantuan khas RM500," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali ke-24 Anulae cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, Jumaat.
Beliau berkata pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.
Selain itu katanya, produktiviti penjawat awam juga semakin meningkat sehingga ada kementerian dan jabatan yang berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.
"Kita mahu tekankan produktiviti, nak naikkan semangat sayangkan kerja...mesti ada insentif," katanya.
Posted by kpprasm at 10:48 PM 1 comments
Memahami undang-undang jenayah siber
KINI tanya saja, siapa yang tiada laman web sosial? Seawal usia awal tadika sehingga ke usia emas boleh dikatakan mempunyai akaun laman web sosial.
Selain itu rakyat negara ini juga lebih gemar membayar bil dan membeli-belah di alam maya.Mereka tidak perlu bimbang dengan masalah tempat letak kereta, masa kaunter bil dibuka atau mungkin diragut.Kini semuanya di hujung jari!
Bagaimanapun dunia tanpa sempadan kini sebagai lubuk kepada penjenayah siber bagi pengguna yang leka dan tidak berhati-hati.
Walaupun modus operandinya berbeza tetapi kesan yang ditinggalkan masih sama - kerugian dan mungkin trauma.
Jika dulu banyak kes jenayah siber menjurus kepada teknikal dan melibatkan mereka yang pakar dan pengkomputeran seperti virus, botnet dan malware.
Tetapi kini jenayah siber di Internet menjurus kepada aktiviti sosial yang melibatkan pelbagai jenis penipuan.
Suatu masa dulu tentu ramai yang pernah menerima emel mengenai pemindahan harta pusaka yang melihatkan berbilion ringgit menyebabkan mangsa kerugian.
Selepas itu kenalan di laman sosial yang kononnya menghantar pelbagai barangan dan wang tunai dan 'tersangkut' di pihak kastam menyebabkan mangsa kerugian ratusan ribu ringgit.
Ini merupakan beberapa kes penipuan yang berlaku di alam siber.
Timbalan Presiden Perhubungan Jaringan Komunikasi Cyber Security Malaysia, Mohd. Shamir Hashim berkata, walaupun kes jenayah siber sama seperti jenayah lain tetapi masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa adalah mencari bahan bukti.
"Masalahnya dalam jenayah siber sukar bagi mendapatkan bahan bukti yang nyata seperti jenayah biasa misalnya pembunuh atau perompak.
"Bukannya tidak ada bukti tetapi mengambil masa untuk mencari bukti-bukti yang kukuh kerana segalanya adalah siber," kata beliau.
Justeru bagi merapatkan jurang antara pengamal undang-undang dan kes-kes jenayah siber, Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (SCSM) akan menganjurkan seminar bertajuk Merapatkan Jurang: Perundangan dan Teknikal Mengenai Kes Jenayah Siber' bermula esok hingga Khamis ini.
Seminar yang pertama kali dianjurkan di negara ini akan menggabungkan aspek undang-undang dan teknikal bagi jenayah siber.
Seminar berkenaan disasarkan bagi membina landasan bagi mengumpulkan pakar undang-undang dan teknikal terutama mereka yang terlibat dalam kes jenayah siber.
"Mereka akan berkongsi maklumat berasaskan pengalaman dan bidang kepakaran," tambah beliau.
Sesinya direka khusus bagi memberi peluang kepada peserta berinteraksi dengan tenaga pakat serta membincangkan kaedah penyelesaian jenayah dan keselamatan siber.
Bagi memastikan semua peserta mendapatkan maklumat yang dikehendaki, tempat adalah terhad dan peserta digalakkan membuat pendaftaran.
Antara penceramah ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia , Lt. Kol. (B) Datuk Husin Jazri selain pegawai dari Jabatan Peguam Negara, , Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) , Bank Negara Malaysia (BNM), dan beberapa tokoh dari luar negara termasuk Office of Antiterrorism Assistance (ATA).U/Malaysia
Posted by kpprasm at 11:27 PM 1 comments
Tafsir Ayat: Pemimpin amanah tak amal pilih kasih
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah al-Nisa’, ayat 58).
Amanah adalah sifat terpuji yang dianjurkan Islam kepada setiap Muslim sebagai garisan pemisah kepada keimanan dan keagamaan individu.
Ini ditegaskan sendiri oleh Rasulullah dalam satu hadis yang bermaksud: “Tiada iman bagi yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Dailami).Jelas diterangkan dalam hadis orang yang tidak menghiasi dirinya dengan sifat amanah atau tidak dipercayai ramai dalam memegang sesuatu amanah serta melakukan khianat kepada umat manusia bererti dia bukanlah orang yang benar-benar beriman kepada Allah.
Ibnu Kathir menjelaskan, sebab turunnya ayat ini ketika Rasulullah SAW meminta kunci Kaabah daripada Uthman bin Talahah bin Abu Talhah sewaktu penaklukan Makkah, kemudian menyerahkannya kembali kepada Uthman yang juga dari keturunan Abdil Dar yang mewarisi amanah kunci Kaabah setelah sekian lamanya sehingga ke hari ini.
Sifat amanah mengungkap pengertian yang sangat luas dan mendalam. Ia bukan sekadar membawa erti bersikap jujur dalam urusan kehidupan, malah merangkumi setiap tanggungjawab yang perlu ditunai membabitkan pemimpin, rakyat, ibu bapa, anak dan individu Muslim.
Islam telah menyerahkan amanah dan tanggungjawabnya kepada setiap individu terhadap Allah, malah setiap manusia dilahirkan sebagai seorang pemimpin seperti mana dijelaskan Rasulullah: “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pelindung kepada ahli keluarganya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Seorang perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap jagaannya, begitu juga seorang khadam sebagai penjaga amanah harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Rasulullah ketika remaja seorang pemuda yang amanah sehingga digelar ‘al-Amin.’ Begitu juga nabi Musa ketika baginda membantu dua orang gadis memberi minum binatang ternakan mereka.
Pengajaran yang terselit daripada kisah ini ialah utusan Allah dipilih dari kalangan semulia-mulia manusia dari segi kemuliaan peribadinya, keturunannya dan tabiatnya. Inilah hakikat sifat amanah yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya.
Begitu juga contoh teladan ditunjukkan Saidina Umar al-Khattab, khalifah yang sangat terkenal dengan kejujuran dan kehebatannya dalam kepemimpinan. Corak kehidupan Saidina Umar amat sederhana sehingga utusan khas dari Syam sukar untuk mengenali beliau.
Hal ini kerana utusan dari Syam itu mendapati Saidina Umar tidur di bawah pohon beralaskan tanah tanpa sebarang pengawasan tentera, apatah lagi jauh daripada warna-warni kemewahan dan juga tidak terserlah darinya lambang kebesaran sebagai raja atau pemimpin dunia.
Dalam hal ini, pemimpin sewajarnya bersifat amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan rakyat kepada mereka. Pemimpin dilarang mengamalkan perasaan pilih kasih kerana ia termasuk dalam erti perbuatan khianat yang terlarang.
B/Harian
Posted by kpprasm at 11:18 PM 0 comments
CUEPACS MINTA PENJAWAT AWAM JAUHI DARI PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kesemua 1.2 juta penjawat awam tidak terlibat dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai.Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam tertakluk pada Etika Perkhidmatan Awam dan Aku Janji dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar.
"Jangan sesekali terlibat secara langsung bahkan jangan sesekali hadir untuk menonton (perhimpunan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, Kesatuan Pekerja-pekerja Awam negeri Melaka kali ke-33 di Ayer Keroh, di sini Ahad.
Katanya perhimpunan haram itu hanya membuang masa dan tidak mempunyai faedah atau kepentingan kepada penjawat awam.
Beliau berkata penjawat awam yang berdegil dan engkar untuk terus menghadiri perhimpunan itu, menangggung risiko sendiri tanpa pembelaan CEUPACS sekiranya mereka ditahan oleh pihak berkuasa. BERNAMA
Posted by kpprasm at 11:09 PM 0 comments
CABARAN MENJADI GOLONGAN GHURABA

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Banyak perkara yang mengelirukan kita pada akhir zaman ini. Kita hidup di zaman yang penuh kekeliruan. Pemikiran kita bercampur-campur. Antara kekalutan situasi yang ada dan kerencaman pelbagai anasir yang wujud dalam menyelesaikan kekalutan itu. Banyak ketulenan sudah hilang. Agama yang asal juga diubah menurut kehendak penaja yang bercakap mengenainya. Bercampur baur antara sunnah dan bidaah. Semua perkara didagangkan, demikian agama juga dilelong. Siapakah yang jujur sukar dicari.
Setiap produk samada barangan ataupun politik cuba dikaitkan dengan nama agama untuk dilariskan jualannya. Agama dibengkuk dan dibentuk menurut kehendak pasaran. Pasaran makanan, pasaran pakaian, pasaran politik, pasaran pendidikan dan seumpamanya diberikan nama agama. Sehingga dari produk makanan, pakaian, politik dan segalanya ‘dicelup’ nama Islam. Kita pun sukar hendak pasti antara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan jujur keranaNYA, dan yang bertujuan mendekatkan wang kepadanya dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.
Inilah yang berlaku kepada golongan Ahlul Kitab yang dilaknat oleh Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: “Ini dari sisi Allah”, supaya mereka (dengan perbuatan itu) dapat membelinya dengan harga yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu”. (Surah al-Baqarah, ayat 79).
Itulah Ahlul Kitab, mereka menggunakan nama Allah untuk produk diterima sekalipun ia sama sekali tidak berasal dari Allah dan hanya bidaah dan rekaan mereka semata.
Golongan Sedikit
Malangnya, di akhir zaman golongan yang menjadikan agama itu bersimpang siur telah menguasai keadaan. Sesiapa yang enggan dia tersepit di tengah ombak kecelaruan yang mengkaburkan. Banyak pendapat dan andaian muncul di sana-sini; sehingga kita tertanya-tanya siapakah yang jujur, siapakah yang berdagang agamanya. Siapakah yang patut kita bela? Inilah suasana dunia yang membaluti kita hari ini. Pendirian agama kita dipaksa oleh orang lain. Kita tidak diberi kebebasan berpegang dengan apa yang kita yakin dari dalil-dalil yang kita baca dari al-Quran dan Sunnah. Itu kadang-kala dianggap menyanggahi majoriti.
Kita tidak menafikan masih ada golongan yang soleh, tetapi mereka itu sedikit di akhir zaman, mereka ghuraba`. Nabi bersabda:
“Ada tetap ada suatu puak dalam kalangan umatku, yang menegakkan urusan Allah (Islam), mereka tidak dapat dimusnahkan oleh golongan yang menghina dan menyanggahi mereka sehingga tibanya janji Allah (Kiamat) mereka tetap bangkit” (Riwayat Muslim).
Kata al-Imam Ahmad: “Jika mereka bukan ahlul hadis, aku tidak tahu siapa lagi”. Ertinya golongan yang berpegang kepada nas-nas Nabi s.a.w. itu akan tetap ada, ditentang dan dilawan, namun tetap bangkit.
Ya, di akhir zaman, golongan ini minoriti. Mereka dianggap asing di tengah lautan manusia yang rosak. Dalam riwayat al-Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda:
“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).
Ghuraba`
Ghuraba` atau asing itu ada dua bentuk. Pertama; asing di sudut jasad, seperti mana seseorang yang pergi ke tempat baru yang dia tidak dikenali. Maka, dia akan berasa terasing dalam masyarakat yang baru, atau orang melihatnya asing kerana baru hadir. Namun, itu senang untuk diselesaikan. Sedikit pergaulan mesra, dan pandai mencari kawan, keadaan mungkin tidak asing lagi.
Kedua; asing di sudut ruh dan pemikiran. Sekalipun seseorang itu lama atau anak jati masyarakatnya, tetapi dia mungkin dianggap asing disebabkan pemikiran yang berbeza dengan mereka, atau sikap yang asing dari kebiasaan masyarakatnya. Dia terpencil kerana pendiriannya. Hal ini menyebabkan dia akan dipulau, dikecam, dihina dan ditolak. Tidak dapat diubah keadaan ini, melainkan dia mengubah prinsipnya, atau dia berjaya mengubah persepsi masyarakatnya. Itu merupakan tanggungjawab yang berat. Apatah lagi dalam masyarakat akhir zaman, di mana Nabi s.a.w bersabda:
“Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba` (yang asing)”. Ditanya Nabi s.a.w: “Siapakah ghuraba`?”. Jawab baginda: “Serpihan dari kabilah”. (Riwayat al-Baghawi, sanad sahih).
Maksudnya, golongan yang asing dan terpencil dari kelompok mereka, samada kabilah keturunan atau kumpulan-kumpulan yang wujud dalam dunia hari ini.
Biasanya, setiap puak mahu kita mengiyakan sahaja apa yang mereka kata. Jika mereka bangsa, mereka mahu samada buruk atau baik, kita sokong semua tindakan bangsa atau kabilah kita. Jika amalan tradisi yang bidaah dalam masyakat, disuruh terima sekalipun menyanggahi kitab dan sunnah. Kalau parti politik mereka mahu supaya kita tunduk kepada mereka samada yang benar atau yang salah. Demikian kumpulan dan organisasi dan seumpamanya.
Bagi mereka, jika tidak tunduk sepenuh itu tidak ada pendirian. Menyokong sebahagian perkara, berbeza dalam beberapa perkara dianggap berpendirian tidak teguh, kerana paksi mereka itu adalah kumpulan atau bangsa. Namun, golongan ghuraba’, paksi mereka adalah nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Mereka itu ‘Allah centric’, berpaksikan Allah dalam keputusan, sekalipun terpaksa berkorban jawatan, nama, rakan dan kedudukan.
Amatlah sukar untk hidup sebagai ghuraba`. Tekanan perasaan dan jiwa akan melanda. Mungkin mudah untuk diceritakan, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Justeru itu, mereka dijanjikan syurga. Janji Nabi s.a.w: ‘Beruntunglah ghuraba’. Golongan ghuraba’ bukan asing dinisbahkan kepada nas al-Quran dan al-Sunnah, tetapi asing dinisbah kepada keadaan sekeliling yang berbeza dengan kedua sumber agung itu. Namun, apakah pilihan yang ada, sedangkan Allah mengingatkan Nabi s.a.w: (maksudnya)
“Jika engkau taat kepada kebanyakan mereka di bumi ini, nescaya mereka menyesatkan engku dari jalan Allah” (Surah al-An’am, 116).
Ketika ramai manusia berlari mencari keredhaan makhluk, golongan ghuraba’, berlari mencari keredhaan Allah, sekalipun dimusuhi makhluk. Firman (maksudnya):
“Maka larilah kepada Allah” (Surah al-Zariyyat, 50).
Hidup sebagai ghuraba’ bukanlah mudah, namun kadang-kala kita terpaksa mengharunginya. Ini menambahkan tawakkal, keikhlasan, kekhusyukan dan segala jalan yang mendampingkan kepada Allah. Ketika dunia enggan berdampingan, tiada teman melainkan Tuhan al-Rahman dan rakan-rakan yang menjalani kehidupan sebagai ghuraba’. Di situlah limpahan kemanisan perjuangan.
Posted by kpprasm at 9:08 PM 0 comments
PROSEDUR SALAH
KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pa
da 1 Mei lalu, dikatakan bercanggah dengan prosedur peminjaman kakitangan awam yang ditetapkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008, Bahagian II Perkara 4(a) untuk sektor awam.Ini kerana pekeliling itu menetapkan peminjaman pegawai memerlukan persetujuan tiga pihak, iaitu pihak peminjam (CIDB), pembekal (JKR) dan pegawai yang terbabit terlebih dulu sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kemudian mengemukakan cadangan serta mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Berikutan itu, Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja (MBJ-JKR) menuntut supaya CUEPACS yang mewakili kesatuan berkenaan berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ia diselesaikan berasaskan prosedur dan pekeliling itu bagi memelihara maruah serta kredibiliti pegawai sektor awam. Dalam suratnya kepada CUEPACS dan salinannya diperoleh Berita Harian semalam, gabungan lima kesatuan sekerja dalam JKR itu juga berharap Najib dan SPA dapat menamatkan konflik pelantikan Ketua Pengarah JKR yang sudah berlarutan hampir dua bulan.
Mesyuarat bersama MBJ-JKR di Langkawi semalam turut mengambil ketetapan supaya CUEPACS yang memayungi 1.2 juta kakitangan sektor awam, menjadi orang tengah menamatkan konflik berkenaan.
“Baru-baru ini berlaku pertukaran Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Judin Abdul Karim ke CIDB tanpa persetujuan beliau. Perkara ini menjadi gawat apabila pengganti beliau sudah pun dilantik ketika jawatan berkenaan belum dikosongkan,” menurut surat itu.
Semalam akhbar ini melaporkan, Ketua Pengarah JKR yang baru, Datuk Mohd Noor Yaacob, berkata isu dua nakhoda satu kapal tidak timbul dalam JKR kerana beliau sudah menjalankan tugas secara rasmi sejak dilantik pada 1 Mei lalu walaupun Judin enggan mengosongkan biliknya.
Mohd Noor yang sebelum itu memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II, berkata beliau mula menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah, sejajar dengan surat pelantikan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Pada 28 April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Mohd Noor sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya mulai 1 Mei 2011 menggantikan Judin yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB pada tarikh yang sama.
Wartawan Berita Harian yang cuba mendapatkan ulasan Mohd Sidek mengenai perkara itu selepas satu majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA), kampus Kuala Lumpur, semalam bagaimanapun tidak dapat menemui beliau.
MBJ-JKR juga berharap CUEPACS mengambil tindakan susulan memperbetulkan keadaan, sekali gus memastikan proses pertukaran dan peminjaman pegawai dilaksanakan dengan betul serta telus mengikut prinsip dan lunas yang digariskan Pekeliling Perkhidmatan.
“Kami juga amat berharap SPA yang sepatutnya sebuah badan bebas bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam, berperanan secara bijaksana dan sewajarnya bagi menangani masalah itu.
“Senario yang sedang berlaku dalam JKR mudah-mudahan tidak merebak ke kementerian, jabatan atau agensi lain. Kemurnian tindakan yang diambil secara berhati-hati dan berhemah dengan menghormati hak penjawat awam perlu, seiring dengan konsep 1Malaysia,” menurut surat itu
Surat ditandatangani Naib Presiden Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Semenanjung Malaysia (MTSU), Sumardi Ali; Setiausaha Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Wilayah Persekutuan, Hashim Mahmud; Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR, Zulkifli Ahmad; Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja JKR dan Air (NUPWDE), Sayuti Dollah dan Katoman Sukiman mewakili Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPAP).
Sementara itu, Timbalan Presiden CUEPACS, Azih Muda, menuntut perkara ini diselesaikan segera bagi mengelak imej negatif sektor awam, selain menjejaskan perjalanan urus tadbir JKR.
“CUEPACS merasakan konflik ini tidak seharusnya wujud kerana kebiasaannya urusan berhubung pelantikan atau pertukaran yang membabitkan pegawai perkhidmatan awam dilaksanakan secara tertib oleh JPA. Sebagai kesatuan mewakili kakitangan kerajaan, kami memandang serius kemelut dalam JKR dan amat berharap ia diselesaikan segera,” katanya
Posted by kpprasm at 8:51 PM 0 comments
5 TUNTUTAN CUEPACS
Prasyarat persetujui pelaksanaan PROSPEK
ALOR SETAR: CUEPACS yang baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Program Bersepadu Pemban
gunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Julai, mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu. Tuntutan utama adalah supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK, Dua tuntutan lagi adalah penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai |CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan serta memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS mengemukakan tuntutan baru kerana tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat dalam MoU yang ditandatangani dengan JPA sebelum ini.
“Kita tidak puas hati dengan beberapa perkara dalam PROSPEK dan menuntut supaya lima perkara itu diberi perhatian oleh JPA sebelum kami bersetuju dengan pelaksanaan kaedah baru penilaian prestasi kakitangan awam yang akan dikuatkuasakan bulan depan.
“CUEPACS sudah bertemu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Khamis lalu dan beliau setuju supaya kita berbincang dengan JPA mengenai lima tuntutan itu sebelum pekeliling PROSPEK diedarkan.
“Jika pekeliling dikeluarkan tanpa perbincangan antara JPA dengan CUEPACS berhubung tuntutan itu, kita mungkin menolak pelaksanaan PROSPEK,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pekerja RISDA Kedah ke-24, di sini semalam.
Pada 19 Mei lalu, CUEPACS telah menyatakan persetujuan mengenai PROSPEK menerusi MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bersama Omar yang mewakili CUEPACS, bagi menggantikan PTK yang dimansuhkan pada Januari lalu.
Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.
Pelaksanaannya akan membabitkan lapan prinsip penilaian baru, iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi, memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.
Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS berharap kerajaan memberikan dua bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam akhir tahun ini, selain Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 sebulan di seluruh negara dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti.
Posted by kpprasm at 9:22 PM 0 comments
